Suri rumah mangsa terbaru demam denggi
KUALA LUMPUR – Dua individu termasuk seorang suri rumah berusia 53 tahun maut akibat demam denggi pada minggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Sri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, seorang lagi yang maut akibat wabak itu seorang lelaki berusia 69 tahun.
“Kematian dilaporkan berlaku di Selangor dan Perak. Kedua-dua pesakit mempunyai sejarah penyakit lain seperti bengkak kelenjar tiroid, pemindahan buah pinggang, Tibi, Hepatitis B, sakit pada bahagian sendi dan Darah Tinggi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasan berkata, siasatan lanjut mendapati tempat kediaman salah seorang pesakit merupakan kawasan wabak dan hasil pemeriksaan juga mendapati kadar pembiakan Aedes di tempat kediaman pesakit itu adalah tinggi.
Menurutnya, sebanyak tiga kompaun maksima RM500 telah dikeluarkan kepada tiga penghuni premis dikawasan itu yang didapati mempunyai pembiakan.
Tambahnya, penduduk sekitar telah mengambil inisiatif dengan menjalankan aktiviti gotong-royong supaya tiada lagi kes itu berlaku dikawasan terbabit.
Mengulas lanjut, katanya, pada minggu ke lapan tahun 2012 iaitu bagi tempoh 19 hingga 25 Februari sejumlah 602 kes demam denggi dilaporkan.
Jelasnya, statistik itu menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kes atau tiga peratus berbanding 585 kes dengan satu kematian pada minggu sebelumnya.
Selesema Burung
Ahad Mac 4, 2012
TAIPEI: Hampir 58,000 ekor ayam dihapuskan di Taiwan dalam tempoh dua bulan ekoran kes terbaru penyebaran virus selsema burung tahap sederhana (H5N2), kata pihak berkuasa.
Biro Pemeriksaan, Kesihatan dan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan dalam kenyataannya berkata, kesemua ayam tersebut dihapuskan pada bulan lalu dan Disember lepas di dua ladang di tengah dan selatan Taiwan selepas beberapa ujian mendapati haiwan tersebut positif virus itu.
Kes pertama penyebaran virus H5N2 di Taiwan dilaporkan berlaku pada 2004